Nik Aziz Nasihatkan Khairul Fahmi Cepat Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pemain bola sepak yang sedang mencipta nama Khairul Fahmi Che Mat supaya cepat melangsungkan perkahwinan bagi mengelak terlibat dengan gejala sosial sehingga boleh menjejaskan nama baik dan masa depan kariernya.

Beliau berkata, Islam mengajar umatnya supaya berkahwin kerana dengan cara itu dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat yang ditegah agama Islam.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kesyukuran naik rumah baru sumbangan kerajaan Kelantan kepada penjaga gol kebangsaan berusia 22 tahun itu ekoran kejayaannya mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan program perkahwinan 'gerbang Az-ziwaj' dengan menawarkan bantuan RM1,000 kepada golongan remaja yang kurang mampu sebagai belanja mas kahwin bagi menggalakkan mereka berkahwin cepat.

Katanya, atlit juga perlu menjauhkan diri daripada pengaruh dadah bagi mendapat kekuatan luar biasa dalam mengejar kejayaan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah menjejas masa depan mereka.

Kerajaan Kelantan menghadiahkan sebuah rumah di Pengkalan Chepa bernilai kira-kira RM200,000 kepada Khairul Fahmi, yang membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 ketika menentang Indonesia.

Semalam, beliau dilaporkan tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik Asia 2011.

Sebelum ini, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada pelajar miskin pintar, Nik Nurmadihah Nik Mohd Kamil, yang mendapat kejayaan cemerlang 20A dalam peperiksaan SPM pada 2008.

Nik Aziz berkata, Kelantan akan terus memberi sumbangan hadiah kepada rakyatnya yang cemerlang dalam sesuatu bidang dan mampu mengharumkan nama negara serta negeri ini.

Katanya, mereka yang berjaya Nik Nurmadihah dan Khairul Fahmi boleh menjadi idola kepada golongan muda. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan