Rooney Akan Turun Menentang Newcastle Tapi Bersyarat - Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan pada Selasa bahawa penyerang kontroversi Wayne Rooney akan diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle United pada awal pagi Khamis nanti.

Bagaimanapun, keputusan untuk menurunkan Rooney itu adalah dengan satu syarat iaitu dia mestilah membuktikan kecergasannya untuk bermain terlebih dahulu.

Rooney bersama dua lagi pemain United iaitu Darron Gibson dan Jonathan Evans telah dihukum oleh Ferguson dengan menggugurkan mereka dari kesebelasan utama ketika menentang Blackburn Sabtu lalu sehingga membawa kepada kekalahan 3-2.

Mereka dikenakan hukuman tersebut kerana telah melanggar arahan dengan keluar makan malam bersama isteri masing-masing selepas selesai perlawanan menentang Wigan sehari sebelum Krismas.

Ferguson mempunyai reputasi sebagai seorang yang tidak berkompromi dengan soal disiplin dan tidak takut untuk menggugurkan sesiapapun termasuklah pemain ternama dan pemain bintang sepertimana yang pernah dilakukannya ke atas David Beckham dan Roy Keane.

Malah dalam kes terbaru ini, Rooney turut dikenakan denda potongan gaji selama seminggu.

Selepas didapati keluar tanpa izin pada malam itu, Rooney telah kelihatan lesu dan tidak bermaya sewaktu sesi latihan dan ini mendorong Ferguson untuk bertindak ke atas ketiga-tiga pemain tersebut walaupun beliau berhadapan dengan risiko kekurangan pemain yang boleh diharap untuk diturunkan menentang Blackburn.

Mengulas mengenai keputusannya untuk menggugurkan Rooney, Ferguson hanya berkata; "Untuk bermain di dalam perlawanan liga, anda perlu cergas sepenuhnya...anda tidak boleh terlepas sesi latihan."

Dalam pada itu beliau juga sedang menilai tahap kecergasan Rio Ferdinand dan Ryan Giggs yang masih dibelenggu kecederaan.

Mengenai pemain tengah Brazil, Anderson, Ferguson mengulas bahawa pemain itu kini berada dalam kedudukan yang lebih baik selepas bermain selama 45 minit Sabtu lalu.

Itu adalah permainannya yang pertama sejak November.

Perlawanan antara United dan Newcastle akan disiarkan menerusi saluran Astro-ESPN pada jam 4 pagi Khamis.

Ia akan berlangsung 24 jam selepas pertemuan antara Manchester City dengan Liverpool awal pagi ini (jam 4 pagi Rabu).

Perlawanan menarik itu akan turut disiarkan melalui saluran Astro-ESPN secara langsung.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan