Tengku Abdullah Mahu Stadium Mini Temerloh Dinaik Taraf

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh dipertingkatkan lagi dengan pelbagai kemudahan untuk para penonton.

Baginda bertitah Stadium Mini tersebut amat menarik dan boleh menjadi tarikan orang ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak jika dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk lebih banyak ruang tempat duduk.

"Ia bukan sahaja berada di tengah pusat Bandar Temerloh dan dilaluan yang mudah dikunjungi orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Emas Raja Raja di stadium berkenaan malam Ahad.

Stadium berkenaan buat julung kalinya menjadi gelanggang perlawanan akhir kejohanan piala berkenaan yang menyaksikan Pahang muncul juara selepas menewaskan Melaka 3-1.

Baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang turut berbangga atas kejayaan skuad Pahang yang muncul sebagai juara pada perlawanan akhir itu.

"Saya berharap kemenangan itu akan menjadikan titik kebangkitan sukan bola sepak di Pahang dan berharap kejayaan itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.

"Latihan serta pendedahan yang lebih kerap perlu diberikan kepada pemain muda Tok Gajah itu agar ia lebih berpengalaman," kata baginda.

Pada perlawanan malam tadi, lebih 5,000 penonton memenuhi segenap ruang tempat duduk stadium berkenaan.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh Datuk Tariff Abdul Rahman berkata tempat duduk yang sedia ada hanya dapat menampung 3,000 penonton sahaja.

"Sebanyak 10,000 lagi tempat duduk penonton dirancang dibina di Stadium Mini Temerloh bagi keselesaan kepada orang ramai, termasuk bilik untuk orang kenamaan dan petugas media dan ia memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan berkenaan daripada kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan