Musim Tengkujuh, T-Team Teruskan Latihan Mengejar Piala

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Demi azam mengejar salah satu piala kejohanan Liga Malaysia, pasukan T-Team akan meneruskan latihan mereka walaupun di musim tengkujuh sekarang, kata pengurus pasukan Rozi Mamat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata keadaan cuaca tersebut menyebabkan latihan tidak berjalan dengan lancar namun ia tidak mematahkan semangat mereka dan jurulatih.

"Latihan tetap giat dijalankan dalam keadaan cuaca tidak berapa elok sekarang menjelang bermulanya pertandingan 10 Jan ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Menurut Rozi, jurulatih T-Team, Yunus Alif telah membawa pasukan itu mengadakan perlawanan persabahatan di luar Terengganu sebagai satu kaedah latihan.

Tahun ini, katanya, pasukan T-Team berkedudukan lebih baik dan mantap daripada tahun-tahun sebelum ini kerana membariskan pemain musim lepas di samping muka baru yang berbakat.

Rozi berkata menerusi dua pemain import T-Team akan menjadi lebih agresif dan mampu bersaing dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia yang pada musim ini semakin mencabar.

"Pemain import akan memberi sumbangan terbaik kepada pasukan yang mensasarkan mampu memasuki perlawanan peringkat akhir kejohanan Piala Malaysia tahun ini," katanya.

Di musim lalu, T-Team berjaya melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir tewas di tangan Negeri Sembilan yang menjadi juara dengan agregat 6-3.

Rozi berkata T-Team akan membuka tirai Liga Super menentang Kedah di sini pada 10 Jan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan