Tiga Tahun Lagi Untuk Sir Alex Ferguson

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson semalam mengumumkan bahawa beliau akan berkhidmat untuk sekurang-kurangnya tiga musim lagi sebelum bersara.

Dalam temuramah dengan laman web rasmi United sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke-70, Ferguson berkata, beliau berhasrat untuk terus berkhidmat sehingga ke tahun 2014 sekiranya kesihatannya mengizinkan.

"Selagi saya masih sihat, selagi saya masih merasa keseronokan mengurus pasukan ini, selagi pasukan ini memberikan yang terbaiknya, saya fikir saya akan terus kekal untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi," ujarnya.

Dalam temuramah itu, pengurus United yang paling berjaya dalam sejarah kelab itu berkata, apa yang memberikan motivasi kepadanya untuk terus berkhidmat ialah keinginan melihat munculnya satu lagi pasukan yang mampu menguasai liga dan benua Eropah.

"Saya sedang menyaksikan munculnya satu generasi baru pemain-pemain United seperti Phil Jones, Chris Smalling, Ashley Young, Danny Wellbeck dan Tom Cleverly dan mereka ini belum memenangi sebarang medal lagi.

"Dan generasi baru ini jika diasuh dan dibimbing dengan betul akan menguasai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah untuk United dan saya ingin melihat United muncul dalam tiga final lagi," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan