Ancelotti Bakal Kemudi PSG - Bola Sepak | mStar

Ancelotti Bakal Kemudi PSG

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ancelotti dilihat meninggalkan Hospital Pitie-Salpetriere di Paris pada Khamis.
Ancelotti dilihat meninggalkan Hospital Pitie-Salpetriere di Paris pada Khamis.

PARIS St Germain (PSG) akan mengumumkan Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru kelab itu pada sidang media di Paris, Jumaat.

Pengurus warga Itali berusia 52 tahun itu dirakam berada di Paris pada Khamis oleh akhbar Le Parisien.

Kelab itu kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka akan mengadakan sidang media di Parc des Princes pada pukul 2 petang, Jumaat waktu tempatan.

Ancelotti akan menggantikan tempat pengurus sedia ada, Antoine Kombouare yang mengemudi kelab itu ke tangga teratas Liga Perancis.

Sekiranya beliau disahkan menyertai kelab tersebut, ia merupakan tawaran pertamanya sejak dipecat selaku pengurus Chelsea pada Mei.

Bagaimanapun, perjanjian itu akan mengambil sedikit masa kerana Kombouare masih kekal sebagai pengurus PSG.

Walaupun Kombouare berjaya mengemudi PSG ke tangga teratas Liga 1 pada cuti musim sejuk, beliau gagal meneruskan rentak cemerlang di kejohanan Liga Europa.

Bekas pengurus AC Milan itu juga akan disertai pemain tengah England, David Beckham yang pernah bekerjasama dengannya ketika dipinjamkan ke San Siro.

BBC Sports melaporkan PSG semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Beckham yang akan tamat kontrak bersama Los Angeles Galaxy pada hujung bulan ini.

Ancelotti pernah membantu Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketika musim pertamanya di Stamford Bridge sebelum dipecat pada penghujung musim lalu.

Beliau turut menjulang dua trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama Milan.

Pelaburan Sukan Qatar (QSI) membeli PSG pada musim panas lalu dan presidennya, Nasser Al-Khelaifi berjanji akan memperkukuhkan pasukan tersebut di peringkat antarabangsa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan