Pahang Buru Piala Emas Raja-Raja Buat Kali Kedua Selepas 1980

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pahang mahu menamatkan kemarau 31 tahun untuk menambah koleksi kejuaraannya yang kedua apabila menentang Melaka pada perlawanan akhir bola sepak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-71 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Ahad ini.

Biarpun menyedari lawannya bertaraf pasukan jemputan yang merupakan pasukan mendaftar di bawah Kelab Warisan Melayu Melaka dan dilihat mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan awal, mereka yakin mampu menjulang kejuaraan itu bagi melengkapkan penantian sejak kali terakhir muncul juara pada 1980.

Setiausaha Kehormat Bola Sepak Melayu Pahang dan merangkap naib presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Anwar Awad berkata pasukannya mempunyai kekuatan yang dibarisi beberapa pemain Pahang yang berpengalaman.

"Kita mempunyai enam pemain yang bermain dalam saingan Liga Super musim ini dan saya juga difahamkan pasukan Melaka dibantu beberapa pemain dari MP Muar (Majlis Perbandaran Muar).

"Saya yakin kita mempunyai kekuatan yang mencukupi namun kita perlu berwaspada kerana belum melihat corak permainan Melaka kerana mereka dalam kumpulan berasingan," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, Rabu.

Stadium Majlis Perbandaran Temerloh juga akan menjadi tempat saingan liga Malaysia kerana stadium asal, Stadium Darul Makmur kini menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan setelah menghadapi masalah kerosakan infrastruktur.

Pahang dan Melaka layak ke perlawanan akhir setelah masing-masing mengalahkan Perlis dan Kedah dengan agregat 3-2 dan 4-2.

Perlawanan tersebut berlangsung pukul 8.45 malam dan PBSMM merupakan penganjur kepada kejohanan Piala Emas Raja-Raja.

Sementara itu, Presiden PBSMM Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PBSMM telah bersetuju menaikkan wang hadiah johan kepada tambahan RM15,000 dari RM30,000.

"Naib johan juga tidak ketinggalan dinaikkan menjadi RM30,000 daripada RM15,000 sebelum ini. Malah setakat ini Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad perkenan berangkat pada malam perlawanan akhir itu," katanya.

Jelasnya perlawanan akhir ini dikenakan tiket sebanyak RM7 untuk tempat duduk berbumbung dan RM5 untuk terbuka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan