FAM Lulus 26 Pemain Import Sertai Liga Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meluluskan seramai 26 pemain import bagi mewarnai arena bola sepak Malaysia menjelang musim depan.

Menurut FAM dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang bermesyuarat, Khamis, telah menimbangkan permohonan 35 pemain import dari persatuan dan kelab-kelab yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Keputusan untuk memberi kelulusan kepada 26 pemain itu dibuat berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

"Daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima," menurut kenyataan itu.

Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 dan ke atas.

Antara pemain yang mendapat kelulusan FAM untuk beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana adalah Marlon James dan Bruno Sebastian Martelotto dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor), Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah), Mohamad Ghaddar, Dennis Agayare dan Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan) dan Ramez Dayoub (Selangor).

Sementara itu, empat pemain Daniel Soares Neves (Kedah), Mbele Lelo (Selangor), Evans Chusilo (MP Muar) dan Christian Contes (Perlis) diluluskan secara bersyarat.

Bagaimanapun, permohonan pemain Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC, yang juga pendatang baru dalam Liga Perdana, telah ditarik balik.

Jawatankuasa itu juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM yang mengikuti piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Mereka ialah Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (Selangor PKNS). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan