City Kekal Pendahulu Liga, United Terus Kutip Mata

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aguero menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Stoke City pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Khamis.
Aguero menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Stoke City pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Khamis.

PASUKAN Manchester City kekal sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 3-0 ke atas Stoke City pada perlawanan awal pagi Khamis.

City yang kini mengumpul 44 mata mendapat jaringan awal melalui Sergio Aguero (m-29 dan 54) dan Adam Johnson (m-36).

Kemenangan ini juga memberi sedikit kelegaan kepada skuad kendalian Roberto Mancini menjelang perayaan Krismas Ahad ini dengan meninggalkan dua mata pencabar terdekat Manchester United (42 mata).

“Kami bermain dengan baik walaupun mendapat tentangan sengit dari pihak lawan. Saya berharap kemenangan ini mampu memberi sedikit kelegaan kepada semua pemain dan penyokong City menjelang Hari Krismas nanti.

“Namun saya juga sedar bahawa lebih baik kedudukan ini akan terus kekal hingga ke Mei nanti. Ia menggambarkan satu rekod baik yang perlu dibanggakan kerana ini adalah kerja keras semua pemain.

"Bukan mudah untuk bermain sepanjang tahun tanpa kalah dan mencipta rekod di tempat sendiri amat penting.

“Jika tidak mampu menang trofi liga, kita juga perlu membaiki rekod di tempat lawan,” kata Mancini.

United turut menang pada saingan EPL selepas menang besar ke atas Fulham, 5-0 dengan jaringan yang dilakukan oleh Danny Welbeck minit ke-5, Nani (m-28), Ryan Giggs (m-43), Wayne Rooney (m-88) dan Dimitar Berbatov pada minit ke-90.

Pun begitu pengurus United, Sir Alex Ferguson tidak berpuas hati dengan tindakan kasar pemain Fulham terhadap skuadnya.

“Kami akan hantar Phill Jones untuk melakukan X-ray esok. Dia terkena siku Dempsey di rahangnya dan saya rasa ia tidak disengajakan.

“Fulham bermain sangat agresif dan Ashley Young telah menjadi mangsa mereka. Dia mungkin akan direhatkan dua atau tiga minggu,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan