Milan Bertemu City Bincang Mengenai Tevez

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tevez kini berada di Argentina sejak November lalu.
Tevez kini berada di Argentina sejak November lalu.

NAIB Pengerusi AC Milan, Adriano Galliani mengesahkan pihaknya akan bertemu Manchester City Khamis ini bagi membincangkan pinjaman Carloz Tevez secepat mungkin.

Penyerang Argentina kini berada di kampung halamannya selepas kembali ke sana tanpa keizinan City sejak November lalu.

Bagaimanapun wakil Tevez telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditawarkan Milan, namun City enggan melepaskan pemain itu secara pinjaman dan mahu pilihan lain dari kelab Rossoneri itu.

“Khamis ini kami akan bertemu dengan pihak City untuk berunding mengenai Tevez dan berharap ia bukan keputusan akhir tawaran yang dibuat oleh mereka.

“Saya yakin ia juga bukan pertemuan akhir kedua pihak,” katanya.

Galliani turut berkata, pihaknya tidak akan mengambil langkah yang tidak betul untuk mendapatkan Tevez.

“Kami menawarkan pinjaman secara percuma dan akan membelinya pada Jun ini.

"Tevez ingin bersama kami dan bukan PSG (Paris St Germain) dan harap City menerima tawaran ini,” jelas Galliani.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini berkata, tawaran itu tidak boleh diterima dan tidak bersesuaian dengan keadaan sekarang.

"Kami mahu Carlos kembali ke City dan bermain.

"Namun jalan terbaik bagi kami ialah menjualnya dan bukan pinjaman.

"Kami tidak benarkan dia pergi secara pinjaman.

"Manchester City telah melabur banyak wang kepada Carlos sejak tiga tahun lalu.

"Lebih betul sekiranya salah satu kelab seperti Milan, Jeventus, PSG atau Inter yang mahukan dia dan bayar mengikut harganya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan