Milan Bertemu City Bincang Mengenai Tevez

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tevez kini berada di Argentina sejak November lalu.
Tevez kini berada di Argentina sejak November lalu.

NAIB Pengerusi AC Milan, Adriano Galliani mengesahkan pihaknya akan bertemu Manchester City Khamis ini bagi membincangkan pinjaman Carloz Tevez secepat mungkin.

Penyerang Argentina kini berada di kampung halamannya selepas kembali ke sana tanpa keizinan City sejak November lalu.

Bagaimanapun wakil Tevez telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditawarkan Milan, namun City enggan melepaskan pemain itu secara pinjaman dan mahu pilihan lain dari kelab Rossoneri itu.

“Khamis ini kami akan bertemu dengan pihak City untuk berunding mengenai Tevez dan berharap ia bukan keputusan akhir tawaran yang dibuat oleh mereka.

“Saya yakin ia juga bukan pertemuan akhir kedua pihak,” katanya.

Galliani turut berkata, pihaknya tidak akan mengambil langkah yang tidak betul untuk mendapatkan Tevez.

“Kami menawarkan pinjaman secara percuma dan akan membelinya pada Jun ini.

"Tevez ingin bersama kami dan bukan PSG (Paris St Germain) dan harap City menerima tawaran ini,” jelas Galliani.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan