Lions XII Adakan Tiga Perlawanan Ujian Sebelum Liga M Bermula

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Lions XII dari Singapura akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang tiga pasukan Liga Malaysia sebelum menjelang liga tersebut musim depan.

Pasukan yang akan bermain dalam Liga Super itu bakal menguji skuad Liga Perdana Johor, Selangor PKNS yang akan bermain dalam Liga Super dan sebuah lagi pasukan Liga Perdana Angkatan Tentera Malaysia yang akan turut menggunakan khidmat pemain import.

Penyertaan Lions XII dalam Liga M adalah bagi tempoh 2012-2015 sebagai pertukaran dengan pasukan Harimau Muda A yang akan bermain dalam Liga Singapura musim depan.

Pasukan itu dikendalikan oleh ketua jurulatih V. Sundramoorthy yang pernah bermain di Malaysia sekitar era 90-an.

"Ini akan menjadi ujian yang baik bagi pasukan kami selepas berlatih hanya dua minggu," katanya yang dipetik oleh laman web Persekutuan Bola Sepak Asean.

Lions XII yang juga dikenali sebagai pasukan Bawah 23 Tahun Singapura diketuai oleh Shahril Ishak, Hariss Harun (tengah), Agu Casmir (penyerang), Baihakki Khaizan (pertahanan) bersama pemain muda seperti Izwan Mahbub (penjaga gol), Shakir Hamzah (pertahanan) dan Khairul Nizam (penyerang).-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan