Wenger Akui Perebutan Gelaran Juara Liga Semakin Sengit

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wenger (kiri) bersalam dengan pemainnya, Robin van Persie selepas perlawanan menentang City, Isnin.
Wenger (kiri) bersalam dengan pemainnya, Robin van Persie selepas perlawanan menentang City, Isnin.

ARSENE Wenger mengakui perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Manchester City awal pagi Isnin.

The Gunners ketinggalan 11 mata di belakang City selepas David Silva menjaringkan gol kemenangan sekali gus gagal mengutip mata penuh.

“Ia akan lebih sukar untuk mengejar City, tetapi kami akan cuba. Ini adalah perlawanan yang kami tidak mampu menang dan sebab itu ia agak susah untuk diterima.

“Kami akan cuba meneruskan perjuangan ini dan berfikiran positif. Semua pemain telah banyak menunjukkan peningkatan sejak Ogos lalu dan kami bangga dengan perubahan tersebut.

"Mereka mempunyai semangat berpasukan yang tinggi,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan