Perlawanan Kedah-Melaka Ditunda:Penyokong Tidak Puas Hati

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lebih 1,000 penyokong Kedah tidak puas hati apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2011 antara Kedah dan Melaka di Stadium Darul Aman dibatalkan di saat-saat akhir oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), malam tadi.

Perlawanan tersebut dibatalkan setelah PBSM Pulau Pinang (PBSMPP) membuat bantahan kepada PBSM Kedah (PBSMK) yang mendakwa pemain pasukan tersebut, Azrizan Ahmad (yang sebelum ini mewakili pasukan SDM Kepala Batas di dalam saingan Piala Presiden 2011) digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat tuduhan rasuah.

Salah seorang penonton, Rashdi Muktar, 40, berkata dia agak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PBSMM di saat-saat akhir yang mana menyusahkan penonton yang sanggup datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu.

"Kenapa PBSMM perlu mengambil masa yang terlalu panjang untuk buat keputusan sedangkan mereka ada tempoh seminggu untuk mengkaji rayuan yang dibuat oleh Pulau Pinang sebelum perlawanan antara Kedah dan Melaka berlangsung," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Mohd Soffe Elias, 38, berkata dia yang datang jauh dari Kulim terkilan setelah mengetahui perlawanan itu dibatalkan dan hasratnya yang mahu melihat aksi pasukan Kedah tidak kesampaian.

"Lain kali jangan buat macam ini lagi kepada peminat. PBSMM perlu jaga hati peminat yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu memberi sokongan kepada pasukan mereka dan juga bola sepak Malaysia," kataya.

Tinjauan Bernama malam tadi mendapati lebih 1,000 penyokong setia Kedah berhimpun di perkarangan Stadium Darul Aman sejak pukul 6 petang lagi bagi mengetahui situasi sebenar pembatalan perlawanan tersebut dan bersurai kira-kira pukul 9 malam setelah diberi penerangan terperinci oleh pengurus pasukan Kedah.

Sementara itu Pengurus Pasukan Kedah Muhamad Shakri Mat berkata beliau bagi pihak PBSMK memohon maaf kepada semua penyokong setia pasukan tersebut yang hadir disebabkan pembatalan perlawanan di saat-saat akhir.

Katanya beliau tidak menyangka keputusan PBSMM memihak kepada Pulau Pinang yang mana perlawanan semula antara pasukan itu dan Kedah akan diadakan pada Selasa ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

"Kita kenakan syarat kepada PBSMPP yang mana segala perbelanjaan pasukan Kedah ke Pulau Pinang akan ditanggung mereka dan sekiranya mereka tidak boleh tunaikan mereka boleh tidak meneruskan pertandingan itu," katanya.

Ditanya mengenai alasan PBSMM menunda perlawanan, Shakri berkata beliau melihat PBSMM bersifat untuk menjaga hati dan perasaan antara kedua-dua pihak sedangkan keputusan jawatankuasa yang bersidang pada 13 Disember lalu memihak kepada Kedah.

Katanya pada masa sama PBSMM juga menerima bantahan kedua PBSMPP dan masyuarat tergempar pada hari perlawanan memutuskan untuk mengadakan perlawanan semula dan PBSMM turut menolak rayuan PBSMPP untuk diberikan kemenangan percuma. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan