Che Ku Marzuki Dilantik Ketua Jurulatih Akademi Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas jurulatih pasukan kelab T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Omar telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata pelantikan Che Ku Marzuki itu berdasarkan pengalamannya sebagai bekas ketua jurulatih Akademi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Terengganu.

Akademi Terengganu ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan bakal beroperasi bulan depan dengan tujuan membangunkan sukan itu di negeri berkenaan.

"Saya berharap melalu akademi ini, negeri dan negara tidak akan ketandusan pemain berkaliber seperti yang dibuktikan oleh Akademi FAM sebelum ini," katanya.

Beliau berkata mengikut perancangan projek perintis itu akan memilih seramai 30 pemain melalui kejohanan peringkat daerah untuk ditempatkan di akademi itu yang akan berpusat di MSN.

Sementara itu, Che Ku Marzuki berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab barunya dengan sebaik mungkin.

Kita tahu harapan kerajaan negeri begitu tinggi ketika menubuhkan akademi ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan