Skuad Rusa Pikat Dua Pemain Import Dan Enam Muka Baru

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Hasan bersalam dengan salah seorang pemain import pasukan itu, Jean-Emmananuel Effa Owona dari Cameron sempena majlis pengenalan pegawai dan pemain pasukan bolasepak Liga Super 2012 Negeri Sembilan, Khamis. Foto: BERNAMA
Mohamad Hasan bersalam dengan salah seorang pemain import pasukan itu, Jean-Emmananuel Effa Owona dari Cameron sempena majlis pengenalan pegawai dan pemain pasukan bolasepak Liga Super 2012 Negeri Sembilan, Khamis. Foto: BERNAMA

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal menampilkan dua pemain import dan enam pemain baru tempatan bagi menggalas cabaran skuad juara Piala Malaysia 2011 itu pada saingan Liga Super musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua pemain import itu pemain penyerang Jean-Emmananuel Effa Owona dari Cameroon dan pemain pertahanan Marquen Nuquen Gocalves Ferreira dari Brazil.

"Owona pernah bermain di liga Perancis dan Qatar manakala Ferreira pernah bermain di liga Jepun. Kedua-dua pemain import ini mengikat kontrak selama setahun dengan PBNS," katanya kepada sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan pegawai dan pemain pasukan di sini, hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata enam pemain tempatan yang tersenarai ialah Mohd Zulfaizham Kamis dan Ahmad Shakir Md Ali dari Kedah FA , Norismaidham Ismail dan Mohd Nazrin Mohd Nawi (KLFA), Rashid Mamud (Felda United FC) dan Badrul Zaman Abd Halim (PKNS FC).

Katanya antara pemain lama yang dikekalkan ialah Norhafiz Zamani Misbah, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Shukor Adan, Idris Karim, Abdul Halim Zainal, Mohd Firdaus Azizul, G. Mahathevan dan Farizal Marlias.

"Kita telah membuat persiapan dan sudah dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap dengan kombinasi pemain yang mempunyai kebolehan masing-masing. Walaupun kita kehilangan ramai pemain yang tidak menyambung kontrak mereka, tapi kehilangan pemain ini dapat digantikan dengan pemain muka baru ini.

"Saya yakin dan percaya dengan kombinasi pemain yang lama yang dipimpin oleh ketua pasukan Shukor Adan, pemain baru ini akan dapat menyesuaikan diri mereka dengan pasukan negeri ini," katanya. Katanya walaupun Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun ini tetapi beliau tidak mahu memberi tekanan dengan meletakkan sasaran untuk musim depan malah mahu pencapaian pasukan itu lebih baik daripada musim ini.

Sementara itu, ketuja jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah berkata walaupun barisan pemain untuk musim depan tanpa 'nama besar' tapi beliau yakin dengan kemampuan mereka.

"Saya rasa berpuas hati dengan bakat ramai pemain muda ini yang menunjukkan permainan memberangsangkan dalam perlawanan ujian dan yakin mereka boleh dibentuk untuk menjadi pemain matang dan hebat," katanya.

Katanya pasukan itu akan ke Perth, Australia, minggu depan untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan dan akan menggunakan peluang itu untuk memantapkan gandingan dan persefahaman antara pemain.

Pembuka tirai Liga Super 2012 akan menyaksikan Negeri Sembilan menentang Kelantan untuk merebut Piala Sumbangsih di Kota Baharu pada 7 Januari depan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan