Mekanisme Liga Bola Sepak Asean Akan Dibincang Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YOGYAKARTA: Menteri-Menteri Sukan Asean pada Rabu, sepakat menerima cadangan Malaysia mengenai penganjuran kejohanan Liga Bola Sepak Asean dan bersetuju Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) Liga Asean untuk membincangkan mekanisme pelaksanaannya.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin kejohanan liga yang bakal melibatkan kelab-kelab bola sepak ternama di rantau Asean itu mampu mengangkat mutu bola sepak serantau setanding kejohanan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Mesyuarat CEO Liga Bola Sepak Asean itu akan berlangsung pada 14 dan 15 Jan di Kuala lumpur, katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Menteri-Menteri Sukan Asean (AMMS) di sini.

"Pada mesyuarat sulung itu nanti, kita akan mencari mekanisme bagaimana liga ini boleh diadakan dan sekali gus menghasilkan pelan induk kejohanan itu," katanya.

Ahmad Shabery berkeyakinan penganjuran Liga Bola Sepak Asean dapat membantu meningkatkan kualiti skuad bola sepak di negara-negara rantau Asean untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Ia juga akan dapat membuka peluang kepada para pemain bola sepak Asean untuk bermain di liga antarabangsa seperti di Eropah, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan