Anelka Sarung Jersi Shanghai Shenhua Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicolas Anelka akan memperkuat Shanghai Shenhua.
Nicolas Anelka akan memperkuat Shanghai Shenhua.

SHANGHAI Shenhua akhirnya bersetuju dengan syarat ditetapkan Chelsea untuk mendapatkan khidmat penyerang berbisanya, Nicolas Anelka selama dua tahun.

Anelka, 32, akan menyarung jersi Shenhua pada awal tahun depan, kata Chelsea dalam laman web kelab itu.

Shenhua yang menduduki tangga ke-11 dalam saingan liganya musim lalu turut berminat membawa masuk rakan sepasukan Anelka, Didier Drogba.

Beberapa kelab dari China juga dikaitkan dengan spekulasi perpindahan Drogba.

Bulan lalu, Drogba enggan menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Chelsea memandangkan perjanjiannya akan tamat tahun depan.

Walaupun kehadiran Anelka berupaya menaikkan mutu bola sepak di negara itu, bola sepak China turut dihujani pelbagai krisis sama ada di dalam mahupun luar padang.

Pasukan bola sepak kebangsaan China mara ke final Piala Dunia buat pertama kalinya pada 2002 tetapi tewas pada saingan peringkat kumpulan.

Pada Januari, China tersingkir daripada kelompok 16 pasukan terbaik Piala Asia selepas menamatkan permainan di tempat ketiga kumpulan, ketinggalan di belakang Uzbekistan dan Qatar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan