Mat Zan Selesa Dengan Kelibat Pemain Import dan Harimau Muda

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kehadiran tiga pemain skuad Harimau Muda dalam pasukan Terengganu sudah pasti menjanjikan saingan sengit kepada pemain merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Jurulatih baru Mat Zan Mat Aris berkata ini kerana kebolehan dan standard antara pemain Harimau Muda dan barisan pemain negeri tidak banyak berbeza malah ia mendorong semua pemain meningkat prestasi masing-masing bagi terpilih dalam skuad kesebelasan utama.

Pemain skuad Harimau Muda yang akan menyarung jersi Terengganu musim depan ialah Mohd Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Faizal Muhamad.

Mat Zan berkata prestasi pemain Harimau Muda tidak dapat dipertikaikan dan mungkin menjadi aset kepada pasukan Terengganu tahun depan.

Di samping itu, beliau yakin skuad Penyu itu akan bertambah mantap dan cemerlang dengan adanya penyerang import Sibi Ghawa dari Nigeria dan pemain tengah Tercio Nunes Machado dari Brazil.

Mat Zan berkata, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala akan dimenangi Terengganu dalam kempen Liga Malaysia musim depan khususnya Piala Liga yang tidak pernah dikecapi oleh negeri itu sebelum ini.

"Pada saya Liga Super kita tidak pernah menang, seboleh-bolehnya kita mahu memenangi Piala Liga tahun depan," katanya.

Mat Zan yang pernah membimbing pasukan Terengganu pada 2001 berkata skuad itu juga mensasarkan Piala Malaysia tahun depan memandangkan hanya memenangi piala itu pertama kali 10 tahun yang lalu.

Beliau berkata barisan pemain-pemain yang ada dalam skuad Terengganu hari ini hampir menyerupai skuad Terengganu 2001.

"Saya rasa inilah skuad yang terbaik dan mampu merealisasikan hasrat dan sasaran Terengganu itu," katanya.

Pada musim ini, Terengganu menjulang Piala FA selain menjadi naib juara Liga Super di belakang Kelantan dan gagal menjulang Piala Malaysia setelah kalah 1-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan