Jawatankuasa Pertandingan FAM Jangan Terburu-Buru Buat Perubahan Format

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta jangan terburu-buru membuat sebarang rombakan dalam format pertandingan Liga Super.

Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, walaupun langkah mengurangkan pasukan dalam Liga Super boleh meningkatkan kewibawaan sukan itu tetapi kajian menyeluruh masih perlu dilakukan.

"Nasihat saya adalah lebih wajar jawatankuasa terbabit melihat kepada struktur kewangan setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga Super kerana masih terdapat pasukan yang berhadapan masalah kewangan." katanya, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar saingan Liga Super musim depan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan jika berpandukan laporan Setiausaha Agung FAM yang mahu mengkaji bagi mengurangkan jumlah pasukan bertanding yang kini mempunyai 14 pasukan.

Berikutan itu, timbul pelbagai reaksi daripada jurulatih tempatan yang menyokong cadangan tersebut serta ada yang kurang bersetuju.

Beliau berkata walaupun langkah mengurangkan pasukan di dalam Liga Super boleh memartabatkan sukan itu di negara ini tetapi apa akan berlaku sekiranya pasukan tidak mampu menggalas beban kewangan.

Raja Ahmad Zainuddin berkata seperti Liga Inggeris dan Liga Sepanyol yang mempunyai 20 pasukan bersaing di dalamnya, persembahan dan permainan mereka sangat berkualiti serta berada jauh di hadapan.

Langkah mengurangkan pasukan di dalam Liga Super boleh diadakan tetapi memerlukan kajian menyeluruh sebelum dilaksanakan.

"Jawatankuasa perlu meneliti cadangan itu termasuk meninjau pelaksanaan yang telah wujud di negara-negara lain seperti di Korea Selatan dan Jepun," katanya.

Beliau berkata perkara itu perlu dilihat dengan lebih serius kerana masih terdapat pasukan yang berhadapan masalah pendaftaran pemain import dalam format baru Liga Super musim depan.

FAM sepatutnya memberi tumpuan kepada format baru yang akan dimulakan musim depan sebelum merubah kepada perkara-perkara lain demi peningkatan mutu sukan itu, katanya.

"Sekiranya cadangan itu berjaya, saya percaya nama-nama pemain yang bermain di dalam Liga Super akan tercatat sebagai pemain kebangsaan tetapi bagaimanapun langkah itu memerlukan kajian sepenuhnya," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan