City Ikut Jejak Langkah United

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kapten City, Vincent Kompany kecewa selepas pasukannya terkeluar dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (CL) awal pagi Khamis.
Kapten City, Vincent Kompany kecewa selepas pasukannya terkeluar dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (CL) awal pagi Khamis.

MANCHESTER City mengikut jejak langkah Manchester United apabila turut terkeluar pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (CL) walaupun menang 2-0 ke atas Bayern Munich pada saingan akhir peringkat Kumpulan A, awal pagi Khamis.

David Silva mendapatkan gol pertama City pada minit ke-36, manakala Yaya Toure menambah jaringan kedua pada babak kedua perlawanan, minit ke-52.

Kemenangan ini tidak cukup untuk City mengambil alih kedudukan kedua kumpulan apabila Napoli turut menang ke atas Villarreal 2-0 sekali gus mengumpul 11 mata, manakala City 10 mata.

Biarpun tewas, Bayern tetap mengungguli kedudukan kumpulan dengan 13 mata.

Senarai pemain:

Manchester City: Hart, Kompany, Lescott, Savic, Clichy, Barry, Nasri, Yaya Toure, Dzeko, Aguero, Silva. (Simpanan): Pantilimon, Zabaleta, Kolo Toure, Milner, Johnson, De Jong, Balotelli.

Bayern Munich: Butt, Rafinha, Boateng, Contento, Badstuber, Pranjic, Alaba, Gustavo, Tymoshchuk, Petersen, Olic. (Simpanan): Neuer, Van Buyten, Lahm, Ribery, Usami, Mueller, Gomez.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan