Terengganu Temui Dua Pemain Import Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Naib juara Piala Malaysia, Terengganu telah menemui dua pemain import yang diharapkan dapat membantu pasukan itu dalam Liga Malaysia tahun depan, kata Pengurusnya Datuk Che Mat Jusoh.

Beliau berkata kedua-dua pemain import berkenaan ialah Jusio Nunis, 33, dari Brazil dan pernah bermain untuk pasukan KL Plus 2007-2008 serta pemain dari Nigeria, Sibi Gwar, yang berusia 24 tahun.

"Setelah menguji 17 pemain dari beberapa buah negara sejak sebulan lalu, akhirnya kita membuat keputusan mengambil kedua-dua pemain ini," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Menurut Che Mat keputusan itu dibuat bersama jurulatih Mat Zan Mat Aris yang akan membimbing pasukan Terengganu tahun depan.

Nunis merupakan pemain tengah yang berpengalaman dan pernah mewakili pasukan kelab Arasa FC Brazil manakala Gwar merupakan bekas pemain penyerang pasukan remaja Nigeria.

Katanya kelab terakhir Gwar sebelum datang ke Terengganu ialah Tournadous FC Negeria.

Che Mat, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), berharap kedua-dua pemain import itu dapat membantu Terengganu dalam pertandingan Piala FC pada Mac tahun depan.

Beliau berkata pemain import berkenaan akan menandatangani kontrak dengan Terengganu dari setahun ke setahun sekiranya prestasi mereka memberangsangkan.

Segala urusan perpindahan pemain itu akan diselesaikan dalam minggu ini sebelum mereka turun berlatih bersama pemain-pemain yang lain, katanya.

Mengenai Piala FC, Che Mat berkata Terengganu ditempatkan dalam kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tampines Rovers (Singapura).

Che Mat berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Terengganu pasukan negeri itu berjaya memasuki pertandingan bola sepak antara kelab-kelab Asia itu.

"Sasaran kita ialah sekurang-kurangnya kita berjaya memasuki pertandingan pusingan kedua kejohanan timbal balik itu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan