Chelsea Benam Valencia 3-0 - Bola Sepak | mStar

Chelsea Benam Valencia 3-0

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Drogba menjaringkan dua gol untuk Chelsea pada saingan Liga Juara-Juara (CL) menentang Valencia awal pagi Rabu.
Drogba menjaringkan dua gol untuk Chelsea pada saingan Liga Juara-Juara (CL) menentang Valencia awal pagi Rabu.

DIDIER Drogba meletakkan pasukan Chelsea di kedudukan selesa selepas menewaskan Valencia 3-0 pada saingan peringkat Kumpulan E Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Rabu.

Drogba berjaya memberi jaringan awal di tempat sendiri seawal minit ketiga permainan sebelum Ramires mencuri tumpuan dengan gol kedua pada minit ke-22.

Babak kedua perlawanan semakin rancak apabila Drogba sekali lagi menjaringkal gol ketiga pasukan pada minit ke-76.

Biarpun pelawat dilihat menguasai permainan, namun benteng pertahanan Chelsea pada kali ini dikawal rapi.

Kemenangan ini menjadi pengubat buat pengendali pasukan itu, Andre Villas-Boas yang agak kecewa dengan aksi hambar pasukannya sebelum ini.

Chelsea yang berjaya menguasai peringkat kumpulan setiap tahun sejak musim 2003-04 percaya perlawanan menentang Valencia ini amat penting untuk mara ke peringkat seterusnya berdasarkan keputusan sebelum ini dengan dua menang, dua seri dan satu kalah pada perlawanan peringkat kumpulan.

Kini The Blues menguasai Kumpulan E dengan 11 mata diikuti Bayern Leverkusen dengan 10 mata, Valencia 8 mata dan Racing Genk 3 mata.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan