Ujian Buat Apex Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kematian adik kepada penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih kita kenali sebagai Apex benar-benar sedang menguji ketahanan dirinya sebagai seorang profesional dan juga manusia.

Belum pun sempat kontroversi tentang hubungannya dengan seorang wanita yang disiarkan menerusi beberapa laman blog reda, tiba-tiba dia telah dikejutkan pula dengan berita kematian adik lelakinya ketika sedang berlatih bersama skuad kebangsaan.

Adiknya, Mohd Izat Che Mat, 16, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pagi semalam (Isnin) kerana demam panas.

Dia adalah pelajar SMK Wakaf Mek Zainab II, di sini.

Menurut Apex dia telah dimaklumkan tentang kesihatan adiknya itu ketika sedang mewakili negara di temasya Sukan SEA di Jakarta beberapa minggu lalu.

Katanya, kali terakhir dia sempat menjengah adiknya itu ialah pada Khamis lalu tetapi ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri lagi.

Menurutnya lagi, walaupun mereka berlainan ibu tetapi hubungannya dengan arwah tetap erat dan mereka saling meminati bolasepak.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan