FAM Tak Berhasrat Lanjut Tempoh Daftar Pemain Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain untuk Liga Super musim depan, yang tempoh pendaftaran tamat Khamis ini, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata, kalau dilanjutkan, ia akan memberi masalah kepada pihak sekretariat untuk menentukan jadual perlawanan, penyediaan pengadil perlawanan, kad akreditasi dan sebagainya.

Katanya, FAM telah banyak memberi peluang kepada pasukan untuk menyiapkan pasukan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kita lebih perlu untuk meningkatkan serta memartabatkan profesionalisme kita dari segi pengurusan persatuan dan kelab supaya segala keperluan yang ditetapkan oleh FAM seperti pendaftaran pemain dapat dipenuhi dalam masa yang diberikan," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dengan pembekal vaksin, Sanofi Pasteur di Wisma FAM di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa pasukan agar tarikh tutup pendaftaran pemain di panjangkan.

Azzuddin menegaskan sekiranya pihak pengurusan pasukan masih gagal memberikan senarai penuh pemain mereka menjelang Khamis ini, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dijangka akan mengambil tindakan susulan dengan menasihatkan pengurusan pasukan untuk mendaftar pemain terutama pemain import mereka pada musim kedua pendaftaran dari 6 hingga 20 April tahun depan.

Beliau berkata, FAM mahu meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan terutama Liga Super supaya setanding dengan liga bola sepak negara lain.

Sehubungan itu JKPT FAM akan sentiasa mencari mekanisme terbaik dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan supaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan