Baddrol Cuma Tunggu Kata KFA Berhubung Tawaran Pelita Jaya

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikannya kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini, Selasa.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Asraruddin Putra Omar dan Mohd Irfan Fazail.

Anak kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata beliau ingin mengikut jejak langkah Safee Sali yang turut bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang merupakan tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee. Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang pada 2012," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan