Undian Kejohanan Piala Negara-negara Eropah 2012

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KIEV (UKRAINE): Undian kumpulan Kejohanan Bolasepak Negara-negara Eropah yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine mulai 8 Jun 2012 menyaksikan England sekali lagi diundikan bersama Sweden dan Perancis di dalam satu kumpulan.

Sweden adalah musuh tradisi England dalam mana-mana kejohanan bolasepak dan sejarah membuktikan England berhadapan dengan kesukaran untuk menumpaskan pasukan itu setiap kali mereka bertemu.

Bekas juara dunia Perancis turut diundi dalam kumpulan yang sama dengan England.

Juara bertahan Sepanyol akan berhadapan dengan Itali, Croatia dan Ireland dalam Kumpulan C manakala Jerman berada dalam Kumpulan B bersama Holland, Denmark dan Portugal.

Kumpulan A:

Poland, Greece, Rusia, Rep. Czech.

Kumpulan B:

Holland, Denmark, Jerman, Portugal.

Kumpulan C:

Sepanyol, Ireland, Itali, Croatia.

Kumpulan D:

Ukraine, Perancis, Sweden, England.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan