Martin O'Neill Tunggu Masa Diumum Pengurus Baru Sunderland

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS PENGURUS Aston Villa, Martin O'Neill kini hanya menunggu masa untuk diumumkan sebagai pengurus Sunderland yang baru mengantikan Steve Bruce yang dipecat dua hari lalu.

O'Neill, 59, dilaporkan bertemu Pengurus The Black Cats, Ellis Short untuk kali yang kedua pada Jumaat selepas pertemuan kali pertama pada Khamis menunjukkan perkembangan yang memberansangkan bagi kedua-dua belah pihak.

Beliau memenangi 80 daripada 190 perlawanan ketika memimpin Aston Villa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan