Bekas Pemain K'saan Antara Sembilan Muka Baru T-Team

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kebangsaan dan Selangor, Fadly Saari adalah antara sembilan muka baru yang akan memperkuatkan pasukan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2012. Jurulatih Yunus Alif berkata, Fadly yang berasal dari Pahang akan digandingkan dengan pemain import yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda di barisan serangan.

"Kita sedang mengintai seorang dua lagi pemain untuk memantapkan barisan serangan," katanya kepada Bernama di sini. Menurut Yunus, bekas penjaga gol Selangor, lqbal Suhimi dan bekas pemain pertahanan pasukan KL FC Mohd Dzaidin Izzuddin juga akan menyertai pasukan T-Team.

Turut menyertai pasukan T-Team ialah bekas pemain Kedah, Sharil Faizal Shabuddin dan dua orang bekas pemain Perlis Faiz Subri dan Wan Khairul Kamaruddin, katanya.

Yunus berkata, tiga lagi muka baru merupakan bekas pemain Terengganu iaitu Wan Mohd Alif Jasmi, Mohd Zharis Hasna dan Mohd Hassan Basri.

Beliau berkata, T-Team mengekalkan 15 pemain musim lepas termasuk bekas penjaga gol kebangsaan Shamsuri Mustafa, Rosdi Talib, Zairo Anuar Zailani dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.

Katanya, Shamsuri masih lagi dalam kecederaan dan dijangka tidak dapat diturunkan pada awal musim.

Beliau berkata, T-Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan termasuk pasukan Felda United, Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan sepanjang bulan ini sebelum menentukan posisi setiap pemain.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan