Man United Tersingkir Pada Saingan Piala Liga

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaringan Murray berjaya membawa Palace mara ke separuh akhir Piala Liga selepas menewaskan Man United 2-1, Khamis.
Jaringan Murray berjaya membawa Palace mara ke separuh akhir Piala Liga selepas menewaskan Man United 2-1, Khamis.

PASUKAN Manchester United tersingkir dalam aksi Piala Liga setelah tewas 1-2 kepada Crystal Palace pada saingan suku akhir yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Palace mendahului jaringan melalui Darren Ambrose pada minit ke-65 selepas melakukan rembatan cantik sekali gus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ben Amos.

Namun Federico Macheda menyamakan kedudukan pada minit ke-68 dan kembali membangkitkan semangat pasukan kendalian Sir Alex Ferguson setelah pengadil menghadiahkan sepakan penalti gara-gara tindakan kapten Palace, Paddy McCarthy menjatuhkannya sebelum itu.

kedua pasukan dilihat semakin tertekan untuk mencari gol kemenangan dan sehingga tamat masa permainan kedudukan masih terikat seri 1-1.

Sementara itu pada babak masa tambahan, Glenn Murray diangkat sebagai wira Palace apabila berjaya menjaringkan gol bermakna buat pasukannya minit ke-98 sekaligus menyekat United untuk mara ke aksi separuh akhir.

kekalahan ini turut menyaksikan United mengikuti jejak langkah pasukan Chelsea yang turut tewas di tangan Liverpool (0-2), Arsenal kalah 0-1 kepada Manchester City dan Blackburn Rovers tewas 0-2 kepada Cardiff City.

Dengan itu, Liverpool bakal bertemu Man City, dan Palace akan menentang Cardiff pada aksi separuh akhir Januari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan