United Turunkan Pemain-Pemain Muda Berbakat Suku Akhir Piala Liga Inggeris Awal Pagi Ini

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Manchester United yang akan turun menentang Crystal Palace dalam perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris awal pagi ini (3.40 waktu Malaysia) bakal menyaksikan Sir Alex Ferguson memberikan kepercayaan kepada barisan pemain-pemain muda berbakat besar.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko besar selepas United gagal memperolehi kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka iaitu menentang Benfica dan Newcastle United tetapi Ferguson bernekad untuk merehatkan pemain-pemain senior.

Wayne Rooney, Javier Hernandez dan Nani kemungkinan besar tidak akan diturunkan dalam perlawanan pagi ini bagi membolehkan mereka mendapat rehat yang secukupnya untuk turun bermain menentang Aston Villa Sabtu ini.

Antara lain ramai pemerhati menjangkakan yang Ferguson akan menguji pemain muda berusia 18 tahun dari Perancis, Paul Pogba di samping seorang lagi pemain remaja bernama Ravel Morrison.

Beliau juga dijangka memberi peluang kepada pemain Itali Federico Macheda dan Mame Biram Diouf untuk memulakan perlawanan.

Ferguson telah mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk menurunkan pemain pertahanan Skuad Bawah-21 England, Chris Smalling yang baru sahaja pulih dari kecederaan.

United memenangi piala ini pada tahun 2010 menewaskan Aston Villa.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan