Struktur Liga Bolasepak Kita Perlu Dirombak

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berkata, struktur Liga Malaysia perlu dirombak bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kelemahan struktur liga bola sepak tempatan menyebabkan badan induk bola sepak negara serta pemain Malaysia sukar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Ramai yang tidak tahu, negeri-negeri serta pemain yang bermain di Liga Malaysia sebenarnya tidak layak bermain di Liga Juara-Juara kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Di Eropah, pemain kita tidak layak menyertai kelab di sana disebabkan Liga Malaysia tidak diurus secara profesional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sebuah hotel terkemuka di sini, Rabu.

Annuar berkata, mengikut peraturan AFC pada 2009, Liga Malaysia sepatutnya diuruskan oleh sebuah entiti yang terdiri daripada gabungan kelab dan persatuan negeri yang bersaing di liga tersebut dan diurus secara profesional.

"Namun berdasarkan perbincangan dengan anggota gabungan FAM, pengurusan di peringkat kelab dan persatuan negeri masih ditakuk lama dan terus mengharap pemberian geran tahunan dari FAM," katanya.

Menurut beliau, jika kelab dan persatuan negeri gagal diurus dengan baik, kesannya dapat dilihat pada pemain-pemain yang dilahirkan.

Pemain pasukan kebangsaan dilahirkan oleh kelab dan persatuan negeri dan taraf pemain kebangsaan itu juga menjadi cerminan kepada liga tempatan, katanya.

"Sebab itu, pemain terbaik di Malaysia ini sebenarnya hanya bertaraf sederhana di Asia. Kerana itu juga pemain kebangsaan sukar mendapat tempat bermain di Eropah," katanya.

Kenyataan Annuar itu merujuk kepada isu penyerang kebangsaan Safee Sali yang gagal mendapat permit kerja untuk bermain bagi kelab Inggeris, Cardiff City pada September lalu.

Masalah tersebut timbul berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Malaysia ketika ini berada di ranking ke-146 dunia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan