Norshahrul Idlan Talaha Kekal Gelaran Pemain Paling Bernilai

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyerang pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dipilih untuk menerima Anugerah Supermokh Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011, Rabu.

Norshahrul yang juga merupakan penyerang kebangsaan menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut dan menyifatkan ia sangat bermakna dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

"Katagori ini dianggap sengit memandangkan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan Safiq Rahim (Selangor)turut dicalonkan.

"Namun saya gembira dipilih untuk merangkul anugerah ini buat kali kedua berturut-turut. Saya akan jadikan anugerah ini sebagai motivasi untuk terus mempamerkan aksi terbaik pada musim depan," katanya yang juga turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik.

Calon-calon bagi kategori ini dipilih berdasarkan aksi dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Sementara itu, kategori Pemain Pertahanan Terbaik diraih oleh pemain dari pasukan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah manakala bagi Pemain Tengah Terbaik disandang oleh Safiq Rahim.

Kategori Penjaga Gol Terbaik menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat selepas bersaing dengan dua lagi calon iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu) dan Mohd Farizal Marias (Negeri Sembilan).

Irfan Bakti Abu Salim menjadi pilihan untuk merima gelaran sebagai Jurulatih Terbaik selepas membawa pasukan Terengganu juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2011.

"Saya gembira kerana penat lelah saya selama ini akhirnya dihargai. Terima kasih kepada semua, lebih-lebih para pemain yang telah meletakkan saya di tempat sekarang," katanya yang bakal melatih pasukan Selangor musim depan.

Selain itu, Anugerah Pemain Harapan Terbaik jatuh kepada Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A) selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam liga tempatan dan juga peringkat kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pula dianugerahkan sebagai Persatuan Negeri Terbaik manakala pasukan PKNS Selangor menerima anugerah sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan