Kelantan Dijangka Ikat Seorang Lagi Pemain Dari Cameroon

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya memburu tiga pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menguji seorang pemain import dari Cameroon bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi beberapa pertandingan bola sepak musim depan, termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai oleh skuad 'Kijang' buat pertama kali.

Setakat ini, Kafa berjaya mengikat tiga pemain import iaitu Muhammed Ghaddar Mahmoud dari Lebanon selaku penyerang dan dua pemain dari Ghana iaitu Emannuel Okine (tengah) serta Denny Antwi (penyerang untuk Piala AFC).

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Albert Baning yang merupakan bekas pemain skuad Olimpik 2008 Cameroon baru tiba di negara ini sejak beberapa hari lepas dan akan menjalani ujian di bawah jurulatih Peter Butler.

"Sekiranya beliau menepati kriteria, kita akan ikat kontrak dengan pemain itu kerana AFC membenarkan empat pemain import. Kami akan pilih dua pemain import yang terbaik untuk bermain dalam Liga Malaysia," katanya.

Mengulas persediaan skuad 'The Red Warriors' untuk saingan bola sepak musim depan, Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata pihaknya sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan tempatan dan juga antarabangsa.

Beliau berkata antaranya ialah pertemuan dengan Negeri Sembilan esok dan Perak pada 1 Dis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 dan 16 Disember, dan menentang kelab dari Qatar dan Syria serta pertemuan dengan Terengganu pada 31 Dis ini di Kota Bharu.

"Semua perancangan kita untuk musim depan berjalan dengan baik dan pemain kini menjalani latihan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ekoran hujan lebat yang melanda Kelantan," katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk musim ini, Annuar berharap agar pemain-pemain dapat merangkul seberapa banyak piala yang boleh.

"Kita menyasarkan untuk mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pada musim ini selain merangkul Piala Malaysia dan Piala FA.

"Berdasarkan persiapan rapi yang dijalankan oleh pasukan, kita yakin mampu menang," katanya sambil berkata semua pegawai dan pemain diberikan Petunjuk Prestasi Indeks (KPI) bagi memastikan prestasi mereka tidak merudum.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan