Terengganu Rancak Pilih Pemain Import

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu kini sedang rancak memilih pemain import bagi membantunya menghadapi kejohanan Liga Malaysia tahun depan.

Dua pemain dari Rusia telah diuji pada Selasa dan seorang pemain dari Ghana pula akan diuji Rabu.

"Ramai lagi pemain import daripada Brazil, Nigeria, Argentina dan lain-lain negara akan datang untuk membuat ujian selepas ini.

"Ujian pemain dijalankan di padang bola Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Batu Buruk di sini," kata Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof yang juga pengurus pasukan Terengganu kepada Bernama.

Beliau berkata pemilihan pemain import tidak akan dilakukan secara terburu-buru.

"Kita akan tengok dulu kebolehan mereka sebelum kita membuat pemilihan. Kadang-kadang yang datang ini bukan semuanya memenuhi hasrat kita," katanya.

Sheikh Tajudin berkata pemain import yang terpilih akan turut bermain untuk Terengganu pada kejohanan Liga Juara-Juara AFC tahun depan.

Terengganu muncul juara Piala FA 2011 dan layak ke kejohanan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan