Leonardo Sahkan PSG Dalam Rundingan Dengan David Beckham

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bekas pengurus AC Milan, Leonardo yang kini merupakan Pengarah Bolasepak pendahulu Liga Perancis, Paris St-Germain, pada Khamis mengesahkan bahawa David Beckham sedang dalam perbincangan untuk menyertai mereka.

Kontrak Beckham bersama juara Liga Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy akan tamat pada penghujung bulan hadapan dan PSG yang baru sahaja dibeli oleh putera Arab dari Qatar telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha keras untuk mendapatkan tanda tangan bekas kapten pasukan kebangsaan England itu.

Pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini telahpun mengesahkan bahawa dia sedang diburu oleh dua kelab terkemuka Eropah. Walaupun Beckham tidak menamakan dua kelab itu tetapi semua pihak tahu kelab-kelab tersebut ialah PSG dan Tottenham Hotspurs.

Leonardo, yang pernah membimbing Beckham ketika pemain itu dipinjamkan ke Milan dua musim sebelum ini tidak mahu menyembunyikan hasrat PSG untuk mendapatkan khidmat pemain veteran tersebut.

"Ya...memang benar kami telah bercakap dengan Beckham. Ia mungkin akan memakan sedikit masa. Nanti kita tengoklah jika ada yang kami tawarkan sesuai untuknya atau beliau sesuai untuk kami," ujar Leonardo sebagaimana dipetik oleh akhbar popular the Sun dari Britain.

Menurut Leonardo lagi, apa yang memudahkan rundingan ialah Bekcham mengenali dirinya dan begitu juga dia.

“Sepanjang beliau berada bersama Milan, kami telah mewujudkan rappo yang baik dan apabila anda bercakap tentang Beckham itu bermakna anda sedang bercakap mengenai sesuatu yang besar,” tegas Leonardo lagi.

Walaupun ramai pemerhati sukan melihat percubaan PSG untuk menarik Beckham adalah lebih kepada faktor komersil tetapi Leonardo menegaskan, Beckham boleh menjadi kunci kejayaan mereka merangkul gelaran liga yang pertama sejak 1994.

"Semua orang kini bercakap mengenai PSG dan pada setiap perlawanan, 45,000 orang datang membanjiri stadium, semua orang kelihatan gembira dan jika Beckham jadi menyertai kami, saya percaya semua orang akan bertambah gembira," ujar Leonardo.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan