Stadium Felda United Siap Dua Tahun Lagi

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Hasrat pasukan bola sepak Felda United untuk memiliki stadium sendiri akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun lagi apabila Stadium Mini Jengka di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang dinaik taraf menjadi Stadium Felda United.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata stadium itu akan dinaik taraf mulai awal tahun depan dan akan mengambil masa setahun setengah hingga dua tahun untuk disiapkan.

"Proses penambahbaikkan dijangka menelan belanja antara RM70 juta hingga RM80 juta dan stadium itu boleh memuatkan kira-kira 40,000 penonton.

"Sebelum ini kita tidak ada stadium dan hanya menumpang di stadium negeri lain untuk berlatih dan bertanding. Jadi bila ada perlawanan, di situlah kita bermain di tempat sendiri dan di situlah kita bermain di tempat lawan," katanya kepada pemberita selepas menutup program Semarak Rukun Negara Jom Ke Felda 2011 di Felda Lubuk Merbau dekat sini Rabu.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pasukan bola sepak Felda United bakal memiliki stadium sendiri yang akan dibina di Bandar Tun Abdul Razak, yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka.

Mohd Isa berkata apabila Felda mempunyai stadium sendiri, pasukan Felda United dapat menjalani latihan dengan baik tanpa perlu menumpang di stadium lain.

Felda United yang beraksi di dalam Liga Super musim ini menduduki tempat ke-11 daripada 14 pasukan yang bertanding. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan