Isu Kuartet 4x400 Pulang Awal Jadi Isu Debat Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kuartet 4x400 meter lelaki negara yang terpaksa pulang ke tanah air sebelum sempat menerima pingat emas pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia dua hari lepas telah menarik perhatian beberapa wakil Dewan Rakyat. Beberapa anggota Parlimen menyuarakan kekecewaan mereka dan berkata perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku walau apa pun alasan yang diberikan.

"Kenapa tak beli tiket lain? Saya mahu kementerian pastikan perkara memalukan ini tidak berulang.

"Sepatutnya, bagi mereka terima pingat sebab mereka dah menang atas usaha mereka sendiri. Lepas itu bagi mereka jalan-jalan kat sana sebagai ganjaran," kata Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berkata, sepatutnya yang harus dihantar pulang adalah pegawai-pegawai Kesatuan Olahraga Malaysia dan bukannya atlet yang telah mengharumkan nama negara di temasya sukan tersebut. Kuartet 4x400 meter negara Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S. Kannathasan terpaksa pulang ke tanah air pada Selasa sejurus selepas memenangi pingat emas dalam acara itu, gara-gara tiket penerbangan yang sudah ditempah tidak boleh dipinda disebabkan tempahan penuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung Moktar juga meminta Kementerian Belia Dan Sukan menjelaskan mengapa begitu ramai pegawai dan pemerhati dihantar ke Sukan SEA kali ini.

Katanya, jumlah seramai 261 pegawai dan 338 pemerhati yang dihantar ke Sukan SEA kali adalah hampir menyamai jumlah keseluruhan atlet negara.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata beliau kesal tiada siapa daripada pegawai yang begitu ramai membantu menyelesaikan isu yang dihadapi kuartet negara.

Beliau juga meminta kementerian supaya menyenaraikan kesemua 338 pemerhati ke Sukan SEA tersebut serta tujuan mereka ke sana.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) juga menggesa Kementerian Belia dan Sukan menyiasat terperinci perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan