Legenda Pertahanan Man Utd Yakin Lebih Ramai Pemain Asia Akan Beraksi Di Eropah

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas legenda pertahanan kelab Manchester United, Gary Pallister percaya lebih ramai pemain bola sepak Asia bakal beraksi dengan kelab Eropah tidak lama lagi.

Beliau telah melihat permainan pemain Malaysia dan pasukan negara lain di rantau ini dan mendapati mereka berada di laluan betul untuk mencipta kejayaan sekiranya mereka terus mempunyai fokus yang baik.

Pallister memberitahu Bernama di dalam bas Hop On Hop Off Bus semasa perarakan sempena pelancaran kad visa Maybankard Manchester United Visa Card di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, dengan kejayaan pemain Asia seperti pemain Manchester United, Park Ji-sung, Shinji Kagawa (Borussia Dortmund) dan Lee Chung-yong (Bolton), banyak kelab dunia sedang mencari bakat besar di rantau ini.

Mengenai Manchester United, katanya pengurus Alex Ferguson masih relevan kepada kelab itu dan perlu kekal kerana para pemain, pengurusan dan penyokong masih menyokongnya.

"Bagi saya, beliau seorang genius dengan semangat yang tinggi dan dahagakan cabaran baru. Sikap ini masih bersamanya sejak sekian lama dan sebab itu beliau perlu berkhidmat untuk beberapa tahun lagi," katanya,

Pallister memuji barisan pemain baru Manchester United seperti Phil Jones, Ashley Young dan David De Gea yang bermain baik musim ini.

Katanya, mereka masih muda dan mempunyai prospek besar bersama pasukan itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan