T-Team Perlu 13 Pemain Lagi

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T-Team memerlukan sekurang-kurangnya 13 orang lagi pemain untuk melengkapkan pasukan bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata seramai 12 pemain lama T-Team masih kekal setelah proses penyingkiran pemain dilakukan.

"Kita perlu mencari 13 lagi pemain termasuk dua pemain import dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama.

Menurutnya masalah pemain sekarang ini ialah kerana mereka masih lagi terikat dengan kontrak dengan pasukan masing-masing.

Yunus berkata untuk mencari pemain berkualiti sekarang agak sukar kerana selain bilangannya tidak ramai, bayarannya juga agak tinggi.

Katanya ada beberapa pemain yang menawarkan diri untuk bermain dengan T-Team tahun depan, tetapi keupayaannya belum diuji.

Sementara itu, Yunus berkata pengurus pasukan T-Team Rozi Mamat mungkin ke luar negara dalam masa terdekat untuk mencari pemain import kerana pasukan memerlukan pemain penyerang untuk digandingkan dengan pemain tempatan.

Beliau berkata antara pemain T-Team yang masih kekal ialah Shamsuri Mustapa, Nor Fazly Alias, Rosdi Talib, Abdul Alif Alias, Mohd Hasbullah Awang, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Zairo Anuar Zalani dan Mohd Badrul Hisani Abdul Rahman.

Katanya T-Team akan memulakan latihan untuk musim depan 15 November ini. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Liga Malaysia , Yunus Alif

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan