Tomasz Kuszczak Mahu Keluar Dari Manchester Utd

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tomasz Kuszczak, penjaga gol Manchester United yang semusim yang lalu merupakan salah seorang pemain pilihan utama selepas Edwin Van der Sar kini mendapati dirinya berada di tangga yang keempat.

Pemain Poland yang berusia 29 tahun itu kini berada di belakang David De Gea, Anders Lindegaard dan Ben Amos.

Beliau merupakan satu-satunya pemain senior yang masih belum diturunkan sepanjang musim baru bermula Ogos lalu.

"Saya telah memaklumkan kepada Sir Alex [Ferguson] bahawa saya mahu berpindah dari kelab ini setelah saya menjadi pilihan keempat tetapi rayuan saya itu tidak mendapat perhatian," ujar Kuszczak.

Beliau sebenarnya mahu segera berpindah kelab sebelum pintu perpindaan dibuka semula Januari depan tetapi permintaannya itu telah ditolak.

Kuszczak bimbang, situasinya di United akan menipiskan peluangnya untuk beraksi pada Kejohanan Akhir Piala Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung tahun hadapan di negaranya sendiri.

Sepanjang kariernya bersama United sejak menyertai kelab itu pada tahun 2007 dari WBA, Kuszczak telah beraksi sebanyak 61 kali bersama United.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan