Negeri Sembilan Buat Percaturan Awal Kempen Liga Super

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan, membuat percaturan awal kempen Liga Super musim hadapan dengan mengadakan ujian calon-calon pemain importnya di sesi latihan bersama skuad Hobin Jang Hobin semalam.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata tiga pemain import yang diuji itu terdiri daripada seorang penyerang Brazil, seorang pemain pertahanan Croatia dan seorang pemain dari Colombia.

Beliau berkata segala kemahiran dan kelemahan ketiga-tiga pemain import itu sudah diuji.

"Daripada pengamatan awal saya, kemampuan pemain import dari Colombia dan Croatia itu adalah memuaskan, sementara masih ada kekurangan pada penyerang dari Brazil itu," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.

"Buat masa ini, belum ada keputusan sama ada untuk mengikat kontrak atau tidak dengan pemain-pemain import itu. Masih di peringkat penilaian lagi," katanya.

Mohd Azraai, yang merupakan bekas jurulatih bola sepak Kedah pada 2009, berkata soal Negeri Sembilan menggunakan khidmat pemain import yang pernah bermain untuk Kedah tidak berbangkit memandangkan penyokong-penyokong Negeri Sembilan mahu melihat kelainan dalam pasukan bimbingannya.

Pihaknya tidak berminat memancing pemain-pemain import yang pernah berkhidmat dengan Kedah beberapa musim lalu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan