Skuad B-23 Tahun Kebangsaan 2011 Tidak Banyak Beza - Rajagobal

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA 2011 di Indonesia tidak mempunyai banyak perbezaan ketara dengan skuad yang memenangi pingat emas pada edisi lepas di Laos pada 2009, kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata perbezaan yang ada mungkin dari segi nama pemain serta karakter yang dimiliki oleh pemain tersebut.

"Skuad tersebut (B-23) berbeza dengan skuad yang dibimbing saya pada 2009 kerana terdapat beberapa nama baru yang dipanggil oleh (jurulatih B-23) Ong Kim Swee untuk beraksi buat kali pertama.

"Selain itu, karakter pemain tersebut juga berbeza ketika berada di atas padang," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pemain tengah bawah 19 tahun kebangsaan Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Rajagopal berkata beliau tidak terkejut kerana setiap jurulatih mempunyai perancangan tersendiri untuk pasukan bimbingannya.

"(Pemilihan) pemain itu (Nazmi Faiz terpulang kepada Kim Swee kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk pasukan," katanya.

Ditanya samada skuad tersebut mampu mempertahankan pingat emas, jurulatih berusia 55 tahun itu berkata beliau optimis kerana cabaran yang bakal ditempuh oleh skuad negara adalah berbeza.

"Saya tidak boleh memberi jaminan bahawa skuad tersebut mampu mempertahankan pingat emas namun mereka harus memberikan persembahan terbaik ketika beraksi nanti," katanya.

Pada Rabu lalu, Kim Swee mengumumkan nama 20 pemain yang membawa cabaran negara ke Sukan SEA termasuk memanggil muka baru seperti Mohammad Nazmi dan pemain tengah Kuala Lumpur Yong Kuong Yong selain mengekalkan beberapa muka lama seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani.

Skuad tersebut bertolak semalam sebagai persediaan awal menghadapi Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin ini.

Malaysia merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA di Laos pada 2009 setelah menewaskan Vietnam 1-0.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan