Perlawanan Persahabatan Pasukan Bola Sepak India Dan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Menerusi bimbingan jurulatih baru, pasukan bola sepak kebangsaan India akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan Malaysia sebagai persiapannya menghadapi kejohanan besar serantau.

Persekutuan Bola Sepak Seluruh India mengumumkan Savio Medeira sebagai ketua jurulatih baru semalam (Rabu) untuk melatih pemain muda India.

Perlawanan pertama dijadual pada 13 Nov di Guwahati, Assam dan tiga hari kemudian di Kolkata, Bengal Barat bagi perlawanan kedua.

"Saya baru mengambil alih dan ini merupakan cabaran bagi saya. Malaysia sedikit ke depan dalam bola sepak dengan liga dan kelab mereka berbanding India.

"Pasukan India perlu penambahbaikan dalam semua bahagian, pertahanan dan serangan," kata Medeira.

India sedang membuat persiapan menghadapi kejohanan dwitahunan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan pada Disember ini, kejohanan yang ia muncul juara sebanyak lima kali.

India yang kini menduduki ranking ke-160 Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) turut dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Zambia bulan ini.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan