PBSNT Diarah Buat Laporan Berhubung Berlaku Penyelewengan - Bola Sepak | mStar

PBSNT Diarah Buat Laporan Berhubung Berlaku Penyelewengan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata pihaknya bersedia menunggu laporan itu dan akan menilai berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun setakat ini pihaknya tiada menerima maklumat berhubung perkara itu namun jika benar dakwaan yang dibuat itu siasatan lanjut akan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kira-kira 1,000 penyokong mengadakan demonstrasi menuntut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan dan mahu penstrukturan semula dibuat dalam PBSNT.

Demonstrasi selama 30 minit diadakan di luar perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Jumaat.

Rozi berkata penyokong bola sepak negeri itu perlu mengikut saluran yang betul untuk meluahkan perasaan mereka dan bukan mengadakan demonstrasi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan