Stadium Shah Alam Ditutup 3 Bulan Untuk Kerja Naik Taraf

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di sini akan ditutup kira-kira tiga bulan mulai pertengahan November ini untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan dengan anggaran kos RM4 juta.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata antara lain kerja naik taraf membabitkan bahagian bumbung stadium, aspek pencahayaan, kabel elektrik, tandas, beberapa bilik khas dan padang.

"Pada dasarnya, keadaan stadium ini agak baik, cuma kita tidak mahu tunggu sehingga ia menjadi uzur. Kita mengambil langkah awal supaya kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan terbaik, terutamanya bahagian padang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Isnin.

Mohd Jaafar berkata stadium itu dijangka dibuka sepenuhnya pada April depan.

Stadium Shah Alam dibuka secara rasmi pada Julai 1994. Ia pernah menjadi arena untuk acara berprestij seperti Sukan Komanwel 1998 dan terkini perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara, Sabtu lepas.

Sementara itu, Mohd Jaafar berkata MBSA akan menganjurkan kem perubatan dan pemeriksaan kesihatan percuma pada 20 November di Dewan MBSA. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan