Kemenangan Negeri Sembilan Hadiah Hari Jadi Buat Azrai

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi 2011 setelah menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada malam ini merupakan detik manis buat jurulatih skuad rusa, Mohd Azrai Khor Abdullah.

Beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai kejayaan pasukannya dan seluruh rakyat Negeri Sembilan setelah kali terakhir menjulangnya pada 2009.

"Kebetulan 25 Oktober adalah hari jadi saya maka kemenangan malam ini boleh disifatkan sebagai hadiah hari jadi ke-59 yang cukup bermakna kepada saya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Mohd Azrai berkata beliau berpuas hati dengan persembahan semua anak buahnya pada malam ini yang berjaya menjaringkan dua gol menentang Terengganu walaupun ketinggalan satu gol pada awal babak kedua perlawanan. "Pada malam ini saya juga dapat menunaikan janji untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan dalam masa 90 minit," katanya. Sementara itu, Jurulatih Terengganu, Irfan

Bakti berkata gol penyamaan Negeri Sembilan telah melemahkan semangat anak didiknya yang hilang rentak permainan.

"Dalam apa perlawanan pun kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan saya tidak salahkan sepenuhnya kepada penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee dalam hal ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan