Penyokong N.Sembilan Tetap Lancarkan Protes Di Luar Stadium

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyokong Negeri Sembilan tetap meneruskan hasrat untuk melancarkan protes berhubung isu harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini walaupun Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil keputusan menjual tiket pada harga RM30 bermula pada Khamis. Timbalan presiden Kelab e-Penyokong Negeri Sembilan (n9futbol.com) Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan protes di luar stadium yang dicapai bersama Ganusoccer.net (Komuniti Maya Penyokong Bolasepak Terengganu).

"Sepatutnya mereka (Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang turunkan harga bukan kerajaan negeri yang menanggung beban. Kami sangat berterima kasih kepada PBNS kerana mereka sanggup guna duit persatuan untuk membolehkan penyokong Negeri Sembilan ke Shah Alam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Khamis.

Kempen tersebut dinamakan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Luar Stadium Kepada Sukad Hoben Jang Hoben' dan akan bersorak dari luar stadium.

Pada mesyuarat tergempar malam Rabu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga selaku presiden PBNS mengumumkan PBNS akan menjual tiket pada RM30 selepas banyak pihak terutama penyokong setia kedua-dua pasukan merungut dengan harga tersebut.

Peminat Skuad Rusa yang sudah membeli tiket pada hari pertama kelmarin dan semalam dengan harga RM50 boleh menuntut baki lagi RM20 di Wisma PBNS dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula pada Khamis. FAM menetapkan harga tiket final Piala Malaysia sebanyak RM50 bagi semua tempat duduk termasuk tempat duduk utama sementara harga tiket kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dijual pada harga RM5 seorang bagi semua tempat duduk. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan