Tiket Final Piala Malaysia Bagi Semua Tempat Duduk Berharga RM50

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

"Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini Isnin. Tiket boleh dibeli melalui persatuan bolasepak negeri masing-masing mulai hari ini.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama. Hamidin berkata bagi pembahagian tiket perlawanan akhir, setiap pasukan akan diperuntukkan sejumlah 15,000 tiket untuk dijual oleh persatuan bola sepak negeri kepada penyokong masing-masing bermula hari ini.

"Sekiranya jualan tiket perlawanan akhir itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong masing-masing, FAM akan memberi peruntukan tambahan sebanyak 15,000 tiket," katanya.

Beliau berkata baki sebanyak 5,000 akan dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang bermula 9 pagi Sabtu ini manakala 15,000 tiket lagi diperuntukkan kepada pihak penaja dan tetamu kehormat. Hamidin berkata sejumlah 2,000 anggota keselamatan termasuk anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan ditugaskan untuk menjamin kelancaran perlawanan itu.

Mengenai kualiti padang di Stadium Shah Alam yang dikatakan tidak memenuhi standard permainan, Hamidin berkata Perbadanan Stadium Shah Alam telah memberi jaminan bahawa kerja membaik pulih sementara stadium akan disiapkan sebelum Sabtu ini.

Stadium Shah Alam yang boleh menampung hingga 80,000 penonton itu, akan ditutup sehingga Mac depan selepas perlawanan akhir itu bagi kerja menaiktaraf sepenuhnya stadium itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan