Sven-Goran Eriksson Dipecat Sebagai Pengurus Leicester City

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Pengurus England, Sven-Goran Eriksson telah dipecat sebagai pengurus pasukan Leicester City (kelab Divisyen Satu Liga Inggeris) berkuatkuasa serta merta.

Pada permulaan musim dua bulan yang lalu, Leicester telah diramalkan sebagai salah sebuah pasukan yang mampu mendaki tangga ke Liga Perdana Inggeris selepas menyaksikan bagaimana pasukan itu membelanjakan £15 juta dengan membeli pemain-pemain berprofil tinggi.

Tetapi kekalahan 3-0 di tempat sendiri Sabtu lalu di tangan Millwall menyaksikan kelab itu menjunam ke tangga yang ke-13 dan berada lapan mata di belakang Southampton, iaitu pendahulu Divisyen Satu Inggeris. Eriksson telah dipanggil mengadap anggota Lembaga Pengarah Leicester pada Isnin dan dengan segera dimaklumkan bahawa pihak kelab tidak dapat lagi mempertahankan kedudukannya selaku pengurus.

Beliau dilantik ke jawatan itu 12 bulan yang lalu.

Pada masa yang sama, jurulatih utama Derek Fazackerley, turut melepaskan jawatannya.

Martin O'Neill, bekas pengurus Aston Villa dan pernah memenangi dua Piala Liga bersama Leicester ketika mengurus kelab itu dari tahun 1995 hingga 2000, kini disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Selain beliau, turut disebut-sebut sebagai penganti yang berpotensi ialah bekas pengurus Fulham dan Manchester City, Mark Hughes dan juga bekas kapten England Alan Shearer.

Musim lalu, Leicester berada di tangga yang ke-10 liga.

Eriksson, 63, dalam reaksi segera berkata, beliau tidak akan bersara sebaliknya akan terus membuka sebarang opsyen untuk terus melatih mana-mana skuad dalam liga Inggeris sekiranya ada peluang.

Selain England dan Leicester, Eriksson juga pernah melatih skuad Manchester City iaitu pada musim 2007-08.

Beliau juga gagal menyerlah sebagai pengurus skuad kebangsaan Mexico dan juga Ivory Coast ketika Piala Dunia 2010.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan